Tuesday, October 7, 2014

MARI BERHIBUR PENGAKAP SEKALIAN!!

DI SINI BERKUMPUL
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi
APA GUNA KELUH KESAH
Apa guna keluh kesah
Apa guna keluh kesah
Pengakap/pandu puteri tak pernah bersusah
Apa guna keluh kesah
There is no reason to be sad
There is no reason to be sad
We are always happy together
There is no reason to be sad
LAGU PENGAKAP
Happy yea-yea
Happy yea-yea
Kita pilih pengakap sahaja
Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Cintaku semakin mendalam
KE UNGGUN API
(lelaki)
Ke manakah sayang tujuan kita pergi
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
(perempuan)
Terserah padamu ke mana engaku mahu
Bilang dulu sama ibu
Bilang dulu sama ibu
(lelaki)
Bagaimana kalau kita ke unggun api
Ramai pengakap berkumpul di sana
(perempuan)
Dengan hati rela kupergi bersama
Tapi jangan lupa kembali segera
(bersama)
Marilah bersama kita ke ungun api
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Lai. lai, lai, lai, lai, lai ..
CEREWE REWE BOM BOM
Pisang emas dibawa belayar
En cerewe rewe bom bom
Masak sebiji di atas peti
Hurah, hurah, Victoria nona
Ai Victoria, ai Victoria,
En cerewe rewe bom bom
Ai Victoria, ai Victoria
En cerewe rewe bom bom
TEPI GUNUNG
Tepi gunung air terjun
Tempat orang bermain
Dan anaknya Mahani
Sungguh cantik rupa Ani
Hidung mancung seludang
Betis bagai bunting padi
Sungguh cantik dipandang
Tidur malam mimpi-mimpi
Ani datang ke rumah
Tapi sayang sudah pergi
Hati Ani sudah berubah
IBUNG
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Oh ibung tinggal gundar
Ke mana abang melayang
Ke mana abang mdelayang
Mama o mama tolong nasibku
Mama o mama tolong nasibku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
MAKI TONG KI TONG
Tong, tong tong tong
Maki tong ki tong
Ale banto sa sue
Ge banto sadele makoha
A kurai mak kuhai
A kurai …. maka kuhai
TARIAN GAJAH
Apabila bunga kembang berseri
Seekor gajah keluar menari
Lenggang ke kanan hei hei
Lenggang ke kiri
Jemput seekor lagi keluar menari
Apabila bunga kembang berseri
Dua gajah keluar menari
Lenggang ke kanan hei hei
Lenggang ke kir
Jemput seekor lagi keluar menari
(ulangi dengan tiga, emapat dan seterusnya)
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudi
kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, berjima
Suci fikiran
Suci perkataan
Suci perbuatan
BURUNG BERBUNYI
Dengarlah itu burung berbunyi
Bagai suara orang menyanyi
Riang gembira bercampur sayu
Sambil terbang ke hilir ke hulu
Terbang kerana mencari makan
Selagi ada nyawa di badan
Di waktu petang mencari pokok
Untuk tidur menantikan esok
TANYA SAMA POKOK
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Apa sebab goncang
Nanti jawab angin
Langit nak hujan
Tanya sama langit
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satubatu
Bayangpun hilang

ASAS IKATAN

~Gambaran bentuk ikatan n cara membuat ikatan~

1. BUKU SILA (reef knot)




2.TINDIH KASIH (bowline)
 


3.SIMPUL MANUK (clove hitch)


4. BUNGA GETI (sheet bend)



PRINSIP, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap


PRINSIP BERPENGAKAP

Tiga Prinsip-prinsip itu adalah : 

· Kepercayaan Kepada Tuhan

· Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

. Perkhidmatan kepada Diri Sendiri 




PERSETIAN PENGAKAP 
Bahawa dengan sesunguhnya,

Saya berjanji dan bersetia, yang saya

Dengan seberapa daya upaya saya akan: 

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA

MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA

MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP


UNDANG-UNDANG PENGAKAP 


1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin
pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang
di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan
agamanya sekalipun.


5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan 

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM WBT..SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA SALAM MENJULAU JULAU...

TUJUAN BLOG INI DIWUJUDKAN ADALAH UNTUK MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA-SAMA.